ASSALAMUALAIKUM.
terkejut eden harini bila buka peti pos amek bil elektrik!
over rm100 kaw!!!
bulan lepas baru rm40 lebih je.
hahaha.xpernah2 aku duk rumah sewa sampai bil letrik seratus lebih.dulu paling banyak pun 70.
aku rase penggunaan elektrik kat umah nie sama je macam duduk rumah sewa dulu2.tambahan pula,bulan nie seminggu semua orang balik kampung masing2 sebab cuti midsem.
i smell something fishy about it.
hahahah T_T
ehem ehem.mari kita mengamalkan tips2 penggurangan bil eletrik dibawah.
semoga berjaya pika :P
pasnie nak duk dalam khemah la.xyah pasal letrik.
ngeh2
|
| | Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa.1 |
|
| | Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 - 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru. |
|
| | Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang. |
|
| | Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian - anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang. |
|
| | Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak. |
|
| | Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa. |
|
| | Jangan bazirkan air . Pembaziran air membazir tenaga kerana salah satu pengguna tenaga yang besar di beberapa Bandar adalah untuk membekalkan serta merawat air sisa. |
|
| | Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus . Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik |
|
| | Bertukarlah kepada lampu kalimantang dan juga lampu kalimantang mampat untuk pencahayaan dalaman . Lampu-lampu ini mahal sedikit daripada lampu mentol biasa, tetapi ia menggunakan hanya suku daripada tenaga yang digunakan oleh lampu mentol biasa serta mempunyai jangka hayat 10 kali ganda daripada lampu mentol biasa. |
|
| | Gunakan cahaya semulajadi untuk cerahkan bilik . Buka langsir pada waktu siang berbanding membuka lampu. |
|
| | Gunakan lampu meja di mana pencahayaan anyak diperlukan . Ini mengelakkan penggunaan pencahayaan sekeliling bilik. |
|
| | Penggunaan komputer riba (laptop) atau skrin rata komputer . Komputer riba menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer meja (desktop. |
|
| | Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk. |
|
| | Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap . Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu di ambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku. |
|
| | Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu . Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk, dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul. |
|
| | Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk . Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, senantiasa pastikan makanan sejuk dahaulu sebelum di simpan dalam peti sejuk. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan kepanasan seperti sinaran matahari dan juga berdekatan dengan dapur. Sentiasa pastikan terdapat ruangan sekeliling peti sejuk untuk pengudaraan . Jangan rapatkan peti sejuk kepada dinding. |
|
| | Seterika pakaian yang banyak sekaligus . Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan. |
|
| | Jika anda menggunakan mesih basuh dengan kerap, mungkin anda patut membeli mesin basuh muatan depan . Ini kerana ianya 15% lebih cekap tenaga dan menggunakan 40% kurang air daripada mesin basuh muatan atas. Walau bagaimanapun, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas. |
|
| | Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh . Ulangan basuhan dengan kuantiti pakaian yang sedikit hanya menggunakan lebih banyak tenaga. |
|
| | Hanya didih air yang diperlukan dalam cerek . Mendidih air yang lebih dan tidak menggunakannya hanya membazir tenaga. |
|
| | Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan dari badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Maka, membiarkan kipas berfungsi tidak dapat menjadikan bilik sejuk. |
|
| | Gunakan tenaga semulajadi untuk pemanasan . Ia mungkin mahal sedikit untuk memasang peralatan ini tetapi ia adalah sumber yang boleh diperbaharui dan tiada bil elektrik untuk ini. Sebenarnya, ia adalah lebih murah untuk memasang sel solar untuk pemanasan berbanding sel solar untuk penjanaan elektrik. Dalam kes-kes tertentu, bagi penggunaan yang tinggi, adalah dinasihati supaya sel solar untuk pemanasan dipasang untuk tujuan ini, dalam jangkamasa 10 tahun beberapa ribu ringgit dapat dijimatkan. |
|
| | Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 - 26 ºC berbanding kelembapan relative (relative humidity-RH) di antara 60% dan 70%. Perubahan daripada 20 ºC kepada 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hamapir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas. Pakaian yag sesuai dengan cuaca . Ini dapat mengurangkan keperluan untuk suhu yang rendah bagi penyaman udara. Pemakaian kot atau blazer dan beberapa lapisan pakaian menyebabkan kita merendahkan suhu penyaman udara. |
|
|
|
No comments:
Post a Comment