Followers

how can we help you :)

Name:
Email Address:
handphone number
occupation
are you interested in any of this? lose weight
gain weight
improve health
improve skin
earn extra income
extra information that can help me to guide you.

Put a website form like this on your site.

Tuesday, June 09, 2009

JENDUL



hek2.jendol2.ye sye sgt obses dgn jendol(ama).hahhahaa.best men tepuk dahi.agagaga


Dahi Jendol

Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi
jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena
gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke
belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu
tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu?
Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol
melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi.
Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang
dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas
kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain
itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa
situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik
dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh
membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta,
sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia
sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa
yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta' sangat.
Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga
benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa
percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka
perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga
membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka
sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka,
tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah
menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit,
tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini
tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang
berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya.
Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya
bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak
'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap
pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan
bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka
memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja!
Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini.
Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan!
Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang
dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab
itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di
sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai
ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman.
Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan
orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan
asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka
menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka
lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga.
Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki'
yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak
suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak
mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan sukar
simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan
mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu
khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang
yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan
pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala
mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi
mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja.
Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap
tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga
dipergunakan oleh orang lain!