Followers

how can we help you :)

Name:
Email Address:
handphone number
occupation
are you interested in any of this? lose weight
gain weight
improve health
improve skin
earn extra income
extra information that can help me to guide you.

Put a website form like this on your site.

Tuesday, February 02, 2010

cerita menangis dalam kelas.

korang pernah ke MENANGIS dalam kelas?

ye aku pernah.
kelas petang tadi aku menangis dalam kelas.DEPAN KELAS agy! gila seronok kan?hotak ko.
huh.Pensyarah aku bagi aku marker pen suruh tulis coding untuk button stop ada la benda-benda flash tu,
aku memang blur la kan.Dia suh tulis kat depan.Aku usha lah dulu membe aku punye pc.Nak tengok apa patut aku tulis.Tengah2 aku fokus nak hafal apa aku kena tulis.Lect aku pun cakap x payah.suh g depan.Dia nak ajar aku kena tulis ape.aku ngn ada sorang agy member g la depan.membe aku nie kena tulis tuk button play.Aku pun tulis ah code tuk button stop macam yang dia suruh.pastu tetiba plak dia tanya aku kenapa aku tulis untuk button stop bukan button play.Aku pun jawab la "Encik yang bagi markerpen suh tulis untuk button stop".pastu tetiba pula dia leh cakap."awak nie marah saya ke?suara kuat."sambil pandang dengan muka marah dia.haih.aku pun cakap la."mana ada saya marah.da suara saya memang jenis kuat"pastu mula lah.lect tu cakap aku kurang ajar,nganjing2 bila aku cakap aku memang jenis kasar2..suara aku memang jenis kuat.ye!aku ngaku suara aku memang kuat lantang.da memang allah anugerahkan aku dengan suara begini.salah ke?entah la.mungkin suara aku tadi or cara aku cakap tadi bagi dia kurang ajar kot. aku x berniat pun nak kurang ajar ngn lect aku sendiri.Pensyarah kot.xkan nak kurang ajar pula kan.Dia la orang yang nak bagi ilmu kat aku.xkan la aku nak kurang ajar dengan orang yg bagi ilmu kat aku.memang biadap ah cmtu.pastu dia teruskan ajar nak tulis apa.Aku pun tulis ah apa yang dia suh kan sambil air mata dah bertakung dah nie kat mata.siap ada yang da jatuh2 da.xsempat nak tahan.da siap tulis aku blah pergi tempat duduk aku.Air mata memang turun je ah.aku nak tahan x boleh!pehal tah.memang aku terasa dia cakap aku marah dia.rasa cam hina sangat jek suara aku ni kuat dan memang cam dia anggap aku biadap ngn dia.haih2.aku try sedaya upaya nak stop menangis tapi x boleh.hati sakit aku boleh tahan agy.tapi kalau hati dah terasa memang camnie ah aku.nangis je yang boleh ubat.nak melawan memang x boleh ah.tahan marah dengan menangis je la.huk2.nangis dalam kelas.bagus kn aku.zaki suh aku kua g toilet.tp aku xnak sebab aku memang nak menangis depan lect tu.bia dia taw.agaga.tapi bila da xleh nak stop gak.aku kua g toilet.lepak toilet lame pun aku still xleh nak stop kn air mata aku nie.penat aku tarik nafas dalam-dalam hembus perlahan-lahan.hasilnya TADA~~~! air mata still kua agy.gagaga.macam2 aku pk.suara aku kuat sangat ke?aku kurang ajar ke tadi?salahke aku nye suara memang volume kuat?rasa cm hina sangat plak aku x macam girl lain yang suara lembut2 je bila cakap kan.haih2.lepak toilet pun x jalan.aku lepak kt balkoni plak.konon nak amek angin ah bagi air mata stop.xstop2 gak.then mira datang tnya aku ok ke x?pastu zaki ngn arib plak datang.suh aku rilek2,basuh muka ajak masuk kelas.aku lagi rasa nak menangis lagi ada ah time korang suh aku stop menangis tuk.hak2.biol2 jek aku nie kan.haih2.oh nad pun ada gak time tu.he.aku pun suh la diorang masuk kelas dulu nanti aku follow.konon nak try stop nangis ah.aku basuh muka basuh muka basuh muka.sama jek.xstop nangis pun.muka mata memang da merah2 gila la kan..xkan aku nak lepak lua sampai habis kelas pula kan.Aku datang kelas tadi sebab nak tambah ilmu.hohoh.Aku pun terus la berjalan sampai kat pintu luar kelas.Buat regangan badan sikit sebelum masuk kelas.boleh pula ada technician nampak aku tengah wat exercise dengan muka mata merah2.malu aku.hadoyai.siap suma regangan agak2 confident sikit.aku pun masuk la kelas.tapi air mata still menitis lagi nie.pika oh pika!ko kenapa ini hari ha!.touching lebih pula.
huk2.aku pun pergila duduk balik kat kerusi aku sambil mengadap monitor kan.kelik2 apa yang ada kat dalam flash tu.tetiba pula.lect aku nie datang kat aku.tanya aku nie ok ke x?aku sekadar angkat bahu je la kan.takde mood nak bersuara.hu~~lepas itu,lect minta maaf dengan aku.aku pun agak terkejut la pula tapi hati terus sejuk.hek2.aku pun terus la cakap saya pun minta maaf juga.Lect aku pun cakap saya minta maaf la.lepas nie saya taw la awak nie bukan jenis macam perempuan lain.(ye,dia akan ingat aku jenis kasar suara kuat.lalala~.hahuha)

kejadian ni buatkan aku terfikir.ada sebab aku dijadikan begini tidak seperti perempuan2 yang cakap suara slow,mendayu-dayu,lemah lembut berbudi bahasa~~lallala~~.weh!aku jenis hormat orant tua ok!aku pun reti nak lemah lembut pada tempatnya.agagaggaa.

kejadian bila orang cakap aku suara kuat,kasar bukan kali pertama aku kena.sebelum ni aku pernah kena gak dari orang sekeliling aku yang baru nak kenal aku.aku x kesah pun.tapi bila lect yang cakap macam tu dekat ko.memang ko akan rasa down gila2 habis la kan.gugu.

im just syafiqah.
forever i will be the only syafiqah.
dont ask me to change so quickly.
but i will learn how to control my voice.huk2.

masa kechik2 dulu ayat aku pedas2.bila masuk sekolah teknik.member2 zaman kechik2 cakap ayat aku da x pedas macam dulu.tapi sampai sekarang masih ada yang kata ayat aku pedas2 tapi da kurang ok!huhu.sila inform aku bila aku bercakap suara kuat.sebab selalunya aku x perasan volume suara aku kuat.kalau kat sekolah dulu.aku ada mira ismail mansor untuk kata pika suara ko kuat.so dengan automaticnye aku akan slowkan.sebab memang aku x sedar suara aku kuat.hok2.

to mira "naim".wey budak!bila nak lepak ngn aku!

thx qida 4 the words! gugugu

11 comments:

AdIQuE said...

sabar ye pika...suara tu anugerah Allah..tapi syukurlah dapat lect yang memahami..akhirnya :)

pikaka said...

thx.adique. =)

kasutpelangi said...

saba pika..
at least en ... tu mintak maaf.
takde la dye wat dunno jea..

act, takde la kuat sgt suare pika..
oke jehh sue denga...
:)

Anonymous said...

waa...sdeh gile bace..sabar2..

pikaka said...

haha,thx sue!

alamak dak kelas ama bace.nie yg segan gilo nie.hahaha.

arboqskii said...

sabar yea...
x semua suka dengan apa yg ada

Unknown said...

penah gak nangis dlm kelas...
mase prep
pastu cover muke ngan buku...
aish..malu bile ingat

pikaka said...

en.alierostam:betul tu.thx en!

apeqchan:haha.tapi memori kan ^^

Hakim said...

panjang tul entry ko kali ni..ape2 hal..mmg kita xdpt tahan air mata tu dripda mengalir kalo hati da mmg sakit..hhuhu

pikaka said...

haha.jiwa x tenteram agy time tulis nie.sbb tu panjang gilo.hek2

epalputih said...

sabar la..jgn risau, mey ade..kabel besar tu, nti mey brainwash skt lecturer tu