Followers

how can we help you :)

Name:
Email Address:
handphone number
occupation
are you interested in any of this? lose weight
gain weight
improve health
improve skin
earn extra income
extra information that can help me to guide you.

Put a website form like this on your site.
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, November 21, 2011

tips kurangkan bil eletrik rumah sewa saya.hahahha.

ASSALAMUALAIKUM.

terkejut eden harini bila buka peti pos amek bil elektrik!
over rm100 kaw!!!
bulan lepas baru rm40 lebih je.
hahaha.xpernah2 aku duk rumah sewa sampai bil letrik seratus lebih.dulu paling banyak pun 70.
aku rase penggunaan elektrik kat umah nie sama je macam duduk rumah sewa dulu2.tambahan pula,bulan nie seminggu semua orang balik kampung masing2 sebab cuti midsem.
i smell something fishy about it.
hahahah T_T

ehem ehem.mari kita mengamalkan tips2 penggurangan bil eletrik dibawah.
semoga berjaya pika :P
pasnie nak duk dalam khemah la.xyah pasal letrik.
ngeh2

Umum
Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa.1
Pertimbangkan untuk menukar model lama peralatan elektrik anda, terutamanya jika ia lebih lama daripada 10 - 15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga model-model baru.
Gunakan cat yang cerah untuk bilik. Ia membantu pemantulan cahaya daripada lampu yang dipasang.
Apabila anda membeli belah, pastikan anda menggunakan kaedah 2 tag harga. Tag pertama akan meliputi merupakan harga pembelian - anggap ia sebagai modal awal. Tag harga kedua adalah untuk kos operasi peralatan ini sepanjang jangka hayatnya. Anda akan membayar tag harga kedua setiap bulan melalui bil elektrik anda untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.
Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak.
Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap. Label ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini untuk peti sejuk sahaja); walau bagaimanapun, label ini bukan sesuatu yang mandatory untuk pengeluar peralatan ini. Sila rujuk kepada buku panduan kami untuk melihat label-label yang digunakan pakai di peringkat antarabangsa.
Jangan bazirkan air . Pembaziran air membazir tenaga kerana salah satu pengguna tenaga yang besar di beberapa Bandar adalah untuk membekalkan serta merawat air sisa.
Tempatkan papan atau almari kayu di atas dinding, terutamanya yang menghadap sinaran matahari yang terus . Ini adalah sebab kayu boleh menyerap haba, dan secara tidak langsung mengurangkan kepanasan dalam bilik

Pencahayaan, Komputer dan Skrin TV
Bertukarlah kepada lampu kalimantang dan juga lampu kalimantang mampat untuk pencahayaan dalaman . Lampu-lampu ini mahal sedikit daripada lampu mentol biasa, tetapi ia menggunakan hanya suku daripada tenaga yang digunakan oleh lampu mentol biasa serta mempunyai jangka hayat 10 kali ganda daripada lampu mentol biasa.
Gunakan cahaya semulajadi untuk cerahkan bilik . Buka langsir pada waktu siang berbanding membuka lampu.
Gunakan lampu meja di mana pencahayaan anyak diperlukan . Ini mengelakkan penggunaan pencahayaan sekeliling bilik.
Penggunaan komputer riba (laptop) atau skrin rata komputer . Komputer riba menggunakan hampir 30 % kurang tenaga berbanding komputer meja (desktop.

Peti Sejuk Beku dan Peti Sejuk
Biarkan peti sejuk dimuatkan tidak melebihi dua per tiga (66.7 %) penuh dan ruangan sejuk beku 3 suku (75 %) penuh, serta tutup semua cecair serta bekas makanan dalam peti sejuk . Makanan yang tidak di tutup dan peti sejuk yang kosong mengambil lebih banyak tenaga untuk menyejuk.
Jangan membuka pintu sejuk beku atau peti sejuk dengan kerap . Berfikir dahulu dan rancang apa yang perlu di ambil keluar. Membuka pintu dengan kerap menyebabkan kehilangan udara dan ini akan menyebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk mengawal suhu udara dalam peti sejuk atau sejuk beku.
Pastikan anda defros (mencairkan ais) peti sejuk atau sejuk beku secara kerap atau bila perlu . Kawasan sejuk beku yang mempunyai ais yang banyak akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyejuk, dan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga yang lebih banyak. Banyak model baru peti sejuk dan sejuk beku datang dengan defros automatik, pengguna dinasihatkan membeli dengan betul.
Anda tidak boleh menyimpan barangan yang panas terus ke dalam peti sejuk . Ini akan menyebabkan peti sejuk bekerja lebih untuk memastikan keadaan kembali sejuk, senantiasa pastikan makanan sejuk dahaulu sebelum di simpan dalam peti sejuk. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan kepanasan seperti sinaran matahari dan juga berdekatan dengan dapur. Sentiasa pastikan terdapat ruangan sekeliling peti sejuk untuk pengudaraan . Jangan rapatkan peti sejuk kepada dinding.

Dapur, tandas, bilik
Seterika pakaian yang banyak sekaligus . Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.
Jika anda menggunakan mesih basuh dengan kerap, mungkin anda patut membeli mesin basuh muatan depan . Ini kerana ianya 15% lebih cekap tenaga dan menggunakan 40% kurang air daripada mesin basuh muatan atas. Walau bagaimanapun, mesin basuh muatan depan lebih mahal daripada muatan atas.
Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh . Ulangan basuhan dengan kuantiti pakaian yang sedikit hanya menggunakan lebih banyak tenaga.
Hanya didih air yang diperlukan dalam cerek . Mendidih air yang lebih dan tidak menggunakannya hanya membazir tenaga.
Tutupkan suis kipas apabila anda tiada dalam bilik . Kipas hanya mengurangkan kepanasan dari badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Maka, membiarkan kipas berfungsi tidak dapat menjadikan bilik sejuk.
Gunakan tenaga semulajadi untuk pemanasan . Ia mungkin mahal sedikit untuk memasang peralatan ini tetapi ia adalah sumber yang boleh diperbaharui dan tiada bil elektrik untuk ini. Sebenarnya, ia adalah lebih murah untuk memasang sel solar untuk pemanasan berbanding sel solar untuk penjanaan elektrik. Dalam kes-kes tertentu, bagi penggunaan yang tinggi, adalah dinasihati supaya sel solar untuk pemanasan dipasang untuk tujuan ini, dalam jangkamasa 10 tahun beberapa ribu ringgit dapat dijimatkan.
Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 - 26 ºC berbanding kelembapan relative (relative humidity-RH) di antara 60% dan 70%. Perubahan daripada 20 ºC kepada 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hamapir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas. Pakaian yag sesuai dengan cuaca . Ini dapat mengurangkan keperluan untuk suhu yang rendah bagi penyaman udara. Pemakaian kot atau blazer dan beberapa lapisan pakaian menyebabkan kita merendahkan suhu penyaman udara.


   sumber copy paste dari  switch


Saturday, January 15, 2011

BLEMISH MUD. ahaha

salam,

ngehaha.nampak x pict atas tu,yee.BLEMISH MUD. da 2 kali da aku pakai benda tu.alhamdulillah ok best.
aku beli pun dekat guardian ade wat promotion.wahaha.sebenarnya aku bukan nak cerita promote benda niee pun.hahaha

Tuesday, December 28, 2010

ilmu komunikasi part 1

hari nie dapat ilmu komunikasi. : P
mak pesan jaga mulut jaga bahasa.bila nak bercakap tu jangan guna kata-kata makian.orang xsuka.boleh buat orang sekeliling sakit hati.zaman sekarang nie perangai orang dah macam2.buatnya orang tu sakit hati pastu buat kita guna cara halus.kan da susah.papepun jaga perangai dan bahasa.

yep.i agree with it.but its hard to prevent all the sakit hati thing.kenapa aku cakap camtu.sebab.ye aku ngaku la bahasa aku nie kurang sikit.sebab tu sekarang aku lagi banyak diam kot.hahaha. ea?
terus terang aku cakap aku x suka orang cari pasal dengan aku.walaupun maybe orang tu x perasaan kot tingkah laku dia mengundang ketidakselesaan orang lain. aku kalau orang lain da buat aku rasa x selesa.memang tension la kan.aku memang jenis x kisah.tapi jenis xkesah xkesah pun ade limit bai! everything ade limit dia.so pandai-pandai la pk jangan sampai tkeluar kata-kata kesat pulak.lagipun perempuna x sopan mencarut.heh.

lelaki pun sama.aku memang xsuka lelaki mencarut2 nie. and aku memang adore kat lelaki yang xmencarut dan x hisap rokok nie,rasa macam wah sejuknya hati tengok dia nie.hak2. tapi papepun memang kadang2 sejuk jugak hati tengok si jendul sorang tu.tapi tolong la jendul.tolong la jangan mencarut.boleh? xsedap taw  nak dengar.hek2

so wahai manusia xkisah la lelaki ke perempuan.mari la sama-sama kita jaga mulut kita agak x maki orang.dan sama-sama lah kita jaga perangai supaya x kena maki dengan orang lain.hahahahhaha


 kerana mulut badan binasa 

Sunday, January 17, 2010

haiti.belasah kejam

online.bace kosmo online.

kejamnye manusia.aku tawla mencuri tu dose.tp cara die dihukum tu x bebaloi langsung.org yg belasah die tu xde hati perut ke.suke2 je belasah smpai mati pastu bakar.xsepatutnya org tu kene belasah smpai mati pastu bakar.klo ikut hukum hudud pun.mencuri kene potong tgn kan.baru la same rata.nie smpai ilang nyawa.pastu bakar mayat org tu.memang aku kecian la kt mangsa tu.aku x kesah la ko mencuri sbb apa.tp tak patut dia kene cmtu.kejamnye manusia.selalu lelaki ah yang belasah2 smpai mati nie.tukang belasah plak ramai2 pastu belasah sorang jek.peh!mmg dayus ah lelaki tu bg aku.kejamnya macam takde hati perut langsung.

kita sesama manusia nie.layan ah elok2.penuh kasih sayang.tak yah ah sampai mati ko belasah2.pelik tol la.klo ko angin sangat pun agak2 ah.aku pn angin gak tapi xde ah smpai mati anak orang.belasah orang agy la x penah.buli adik selalu la.hehe.

xkira la apa sbb dia mencuri.xpatut dia kena cmtu.gugu.

aku xsanggup nak upload pict org tu.korang usha la sndri kt paper k.

p/s aku pun slalu kene buli ngn si gemok.huk2

Friday, January 15, 2010

BLOG.TUJUAN ANDA.



aku tetiba tertarik nak story mory pasal tujuan anda berblogging nie,
1st tujuan aku wat blog nie sebab gara-gara time latihan industri(praktikal) dlu ah.Universiti aku panggil LI je.heee.Boss tempat Li aku tu MEWAJIBKAN semua staff ada blog.ahhhhhh!
seyes time tu ak mmg xske giler ah.sbb apa reason aku pun nak kene wat blog kan.leceh kot.nyampah kot.even aku dak ict pn aku x suka.haha.last2 nak xnak kene la jugak buat kan.aku budak LI yang paling lambat la wat blog nie. :P tu pun terpaksa buat gak sbb kak nisah suruh.(kak nisah tu sepupu aku aka staff kat situ gak aka aku nye supervisor,tunang die pun keje situ.)HAHA!seronok kan.Li pun heaven jek~~~~~

Da la kena wat blog pastu hari-hari kena update wat keja ape kat dalam blog nie.so kalau korang bace entry awal2 aku nie bnyak la pasal system2 tu~~keja-keja aku seme.time Li aku kene update system.WOWOWOWO~nmpak hebat.x hebat pun.c++ pun merangkak2 agy nie.tmbah lagi ngan java ye syg2.haha.tapi kan bagus gak boss suruh update keje harian dalam blog.lagi2 orang cam aku nie yang jenis stock wat kerja last minit kan.Kene plak wat report Li.so copy paste tambah2 sikit bagi ayat cantik sikit tulis dalam buku report Li pastu pas kt lecturer Li.haha.senang keje beb.xyah susah2 nak ingt tarihk nie wat keje ape tarikh tu wat keje ape.hehhe.sepatutnya buku log Li tu kene update hari2.tp mls kot.ari2 nak kene amek pen tulis.so ini lah tujuan asal blog aku nie wujud.sebab kena paksarela wat blog!hek2.tapi sekarang nie tujuan aku berblog sebab nak santai2 cari laki~~~wah!heaven!(tipu je ok!)

so sekarang ni aku dalam usaha nak wat blogshop plak.tapi belum agy la.nga usha2 barang agy nie.t da ade aku btaw k.agy-agy joe.haha!ko ade barang nak kasi aku ke?hek2

aku da seronok g bundle!
hehe.
murah2 jek.pandai cari quality baik beb!rare agy.pelik penuh seni.haha
still xske bau kt kedai bundle agy2 yg cm kedai ttutup.

t aku masukkan pict2 brg2 yang aku beli kat bundle.
tp kene tunggu ayah aku balik dari dubai la.
aku nak rembat cam digital yang die baru beli.HU~~~~
da la kempunan nak dapat cam tu.sme gara-gara kotak cam yang bodoh tu!

ayah!pat2 balik Malaysia.ika nak hadiah~~ hehehhe
tah ape la ayah aku beli t.

mari usha modelbundle.hak2

Thursday, June 04, 2009

Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda


“Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau
tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil
pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan

bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca
benjol
pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang
terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

-amek kt blog sape tah-
pikakate:-geli geli geli!-